Back to Top

BANTU SULAWESI



Gempa bumi Sulawesi 2018 merupakan sebuah siri gempa bumi yang melanda kawasan Sulawesi di Indonesia dengan skala 7.5 pada skala magnitud pada 6.02 petang (Waktu Indonesia Tengah), 28 September 2018. Gempa bumi tersebut juga disertakan dengan tsunami dengan ketinggian maksimum antara 4 hingga 6 meter. Setakat ini, 1,234 orang disahkan terkorban manakala 799 orang mangsa dikatakan tercedera.

Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala di Semenanjung Minahassa, Sulawesi Tengah dengan kedalaman 10.0 kilometer. Gempa bumi tersebut dikatakan boleh dirasai di keseluruhan kawasan Sulawesi hingga ke Kalimantan Timur dan juga bandar Tawau di Sabah.

Selain itu, gempa bumi tersebut juga mencetuskan tsunami. Pada awalnya, tsunami dengan ketinggian antara 1.5 hingga 2 meter yang melanda kawasan Palu, Donggala dan Mamuju. Namun, tsunami yang melanda kota Palu menjadi lebih dahsyat, dengan ketinggian mencecah lima meter oleh kerana struktur Teluk Palu yang sempit yang meningkatkan daya tsunami tersebut dan kedudukan Palu di hujung teluk itu. Saksi-saksi berkata bahawa bah tsunami yang terhasil dapat mencapai sehingga tingkat kedua bangunan.

Setakat 29 September 2018, 1,234 orang telah disahkan terkorban dengan kebanyakannya maut akibat dihanyutkan ombak tsunami. Pada ketika itu, kebanyakan mangsa berada di pantai untuk meraikan Festival Pesona Palu Nomoni, tetapi tidak dapat menyelamatkan diri apabila ombak tsunami membadai kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga mangsa-mangsa yang terkorban akibat bangunan-bangunan yang runtuh.

Dari segi pengangkutan, jambatan ikonik yang menghubungkan antara Donggola Barat dan Donggola Timur di Palu, yaitu Jambatan Ponulele juga runtuh akibat dihempas oleh ombak tsunami.


BANTU SULAWESI

Atas keprihatinan ke atas isu global ini, sebagai sebuah NGO prihatin kepada mangsa bencana, kami mengikuti perkembangan terkini melalui bantuan dan kerjasama NGO di lokaliti yang sudah bermula menggerakkan kempen bantuan gempabumi “bantu sulawesi” dan pasukan bantuan kemanusiaan ke Sulawesi.

oleh itu kami memohon rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyumbang bagi kerja-kerja pembinaan penempatan dan masjid yang musnah akibat bencana alam yang berlaku


Salurkan sumbangan anda kepada kami:

PERTUBUHAN IKATAN MUAFAKAT SERUMPUN MALAYSIA
No akaun: 11-085-100343-5
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank rakyat)



ROHINGYA: MEMBINA TELAGA AIR (TUBE WELL)



Berikut adalah video telaga air yang sedang digali oleh penghuni kem pelarian Rohingya. Keperluan air di kem-kem pelarian Rohingya di Bangladesh memang sangat mendesak. walaupun banyak telaga air (tube well) telah digali namun masih tetap kekurangan akibat pelarian yang begitu ramai menghuni kem-kem tersebut. Selain itu, kebersihan air juga menjadi isu utama bilamana telaga yang digali tidak menepati mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Serangan ke atas pusat judi adalah jenayah berat.



Serangan ke atas pusat-pusat perjudian di dalam negara ini adalah merupakan jenayah berat dan akan diambil tindakan oleh Polis Diraja malaysia (PDRM).

Baru-baru ini Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos ditahan kerana menceroboh premis yang didakwa menjalankan kegiatan perjudian haram di sekitar Selangor.

Kerana itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat kenyataan menyambut baik tindakan polis penahanan tersebut dan menyebut penahanan Jamal itu harus dijadikan peringatan kepada rakyat yang berfikir mereka boleh mengambil tindakan sendiri sewenang-wenangnya menyerbu premis tanpa kebenaran.

Tidak cukup dengan itu, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi ditahan polis susulan komennya dalam video banteras pusat perjudian yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Yusuf dikatakan memberi komen berbentuk ancaman kepada beberapa pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hasutan terhadap undang-undang negara.


Yusuf ditahan kerana menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan undang-undang. Menerusi video yang diterbitkan PPIM, Yusuf mengesa pihak berwajib melakukan sesuatu bagi menghapuskan aktiviti mesin judi haram di negara ini.

Dalam temubual itu, Yusuf turut mendakwa agensi yang terlibat dalam menghapuskan pusat perjudian haram ini kurang efektif namun dia tidak menyalahkan satu pihak sahaja.

Apakah yang sudah terjadi di dalam negara ini hinggakan komen sahaja pasal judi nescaya kita akan ditangkap dengan alasan kononnya kita mengganggu atau mengancam pihak polis atau pihak berkuasa. Serangan ke atas pusat-pusat judi yang dibuat oleh orang awam adalah kerana pihak polis dan pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai kuasa untuk membanteras jenayah tersebut.

Suami isteri bercerai, anak-anak terabai, keluarga tidak terurus, jenayah ragut, samun dan pecah rumah meningkat, bahaya kepada penduduk makin meningkat dan ini semua ada kaitannya dengan gejala perjudian yang menjadi ketagihan terutamanya untuk orang melayu. Selain itu gejala gangsterism juga meningkat, mereka berebut kawasan dan paergaduhan semasa kumpulan mula berlaku yang akibatnya mengganggu dan menimbulkan ketakutan kepada ketenteraman awam.

Oleh kerana pasukan polis dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh menjalankan tugas, maka timbulah gerakan orang awam yang prihatin dan NGO yang mahu menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Mereka haya mahu mempertahankan hak, keluarga dan kehidupan yang gagal dilindungi oleh polis dan pihak berkuasa yang sepatutnya menjadi pelindung.

Dimana salahnya?, Salahnya adalah apabila pihak yang bertanggungjawab ini akan terjejas pendapatan sampingan yang diperolehi dari kegiatan melindungi pusat-pusat judi dalam kawasan mereka. Tuduhan saya ini keras dan mungkin saya akan ditahan seperti Yusuf Azmi kerana mengeluarkan kenyataan mengancam dan memfitnah pihak berkuasa.

Saya tidak menuduh dan saya telah buktikan sebelum ini begitu juga dengan Jamal, Yusuf Azmi dan semua Ngo-Ngo lain telah buktikan bahawa pihak polis dan pihak berkuasa tempatan dengan sengaja membutakan mata. Pusat-pusat judi ini berada disekitar Balai Polis dan pejabat-pejabat pihak berkuasa tempatan malah pemain tegar judi ini juga adalah dikalangan anggota-anggota dan penguatkuasa mereka. Meraka semua ini ada kepentingan dan dibayar untuk mengaburi kegiatan jenayah judi ini. Aktiviti perjudian dalam negara ini sememangnya dilindungi sepenuhnya oleh orang-orang tertentu dan pihak berkuasa sendiri termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Negara seperti yang saya tegaskan sebelum ini wajib mengambil tangunjawab di atas kegagalan beliau membanteras pusat-pusat judi di seluruh negara. Sudah tiada alasan lagi yang boleh dberikan kecuali mengambil tindakan kepada Ketua-Ketua Polis Negeri dan daerah-Daerah yang buta dan tidak bertanggunjawab!

Adakah Ketua Polis Negara berani?

Sejarah dan asal usul masyarakat Islam Rohingya.


Tidak hanya pemerintah Myanmar, malah agak ramai juga yang beranggapan umat islam Rohingya bukanlah warga asal Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma. Mereka dianggap sebagai kaum pendatang yang berasal dari Bangladesh. Benarkah dakwaan ini.? Atau adakah ia hanya satu alasan untuk mewajarkan penghapusan Untuk menyelongkar isu ini eloklah kita kembali ke akar punca dengan mengenali dan memahami sejarah dan asal usul masyarakat isam di Rohingya.

Rohingya bukan sahaja dihalau dari tanah air mereka sendiri malah dibunuh. Lebih dahsyat, mereka dibunuh dengan cara yang tidak ada dalam kamus kemanusiaan – dibakar hidup-hidup! Tidak kira lelaki, wanita, warga emas atau kanak-kanak, kesemuanya jadi sasaran keganasan yang tanpa batasan. Amat jelas bahawa apa yang dilakukan itu bermotif penghapusan etnik. Saya tidak mahu mengaitkannya dengan agama kerana ajaran Buddha diketahui mendidik penganutnya untuk sentiasa menjunjung tinggi nilai kemanusiaan malahan juga kepada makhluk tuhan yang lain.

Apa yang jelas dalam konteks di Myanmar, khususnya di wilayah Rakhine ialah motif perkauman dan politik. Lebih malang lagi apabila pemerintah Myanmar bukan sahaja tidak membela malah bersekongkol dengan kekejaman itu. Tentera turut sama dengan ekstremis melakukan pembantaian terhadap penduduk Rohingya.

Ratu Demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi selaku penerima anugerah Nobel Keamaan pada 1991, juga sekadar membisu apabila diajukan persoalan mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan kaumnya. Alasan mereka termasuk Suu Kyi ialah orang Rohingya bukan penduduk asal negara itu, sebaliknya imigran yang berhijrah masuk selepas 1823, dan mereka dianggap tidak ada kaitan dari aspek sejarah dengan Myanmar atau Burma. Benarkah begitu?

 Raja Islam

Sebenarnya tidak. Rohingya yang merupakan kaum berdarah campuran Arab, Turki, Parsi (Iran), Moghul (India), Moor (dari Semenanjung Iberia), Pathan dan Mon (ada juga mengatakan bahawa asal keturunan mereka daripada darah campuran tentera penjajah Mongol dengan suku tempatan) pada suatu ketika adalah pemerintah wilayah Arakan (sebahagian daripada Myanmar sekarang) selama ratusan tahun.

Asal nama Rohingya dikatakan adalah daripada 'Mrohaung' yang merujuk kepada Kerajaan Tua Arakan yang kemudian diubah kepada Rohang. Daripada Rohang atau Rakhine itulah lahirnya nama Rohingya atau Rakhine-ya.

Malang nasib etnik Rohingya, meskipun pernah memerintah wilayah itu, mereka kini bukan sahaja kehilangan kuasa, malah hak untuk hidup sebagai rakyat biasa juga dinafikan oleh kaum majoriti. Rupa orang Rohingya, juga pegangan Islam mereka dijadikan alasan oleh warga majoriti Myanmar untuk mendakwa kaum itu sebagai imigran Benggali dari negara jiran, Bangladesh.

Berdasarkan sejarah, Islam telah datang ke Arakan sejak abad pertama Hijrah dibawa kumpulan pedagang tabiin diketuai Waqqash bin Malik. Kemudian datang pula gelombang kedua pada 172 Hijrah/ 788 Masihi ketika era Khalifah Harun al-Rasyid. Kumpulan pedagang Islam itu berlabuh di Pelabuhan Akyab (kini Sittwe) yang juga ibu kota Arakan. Sejak itu, Islam terus berkembang di wilayah berkenaan.

Dalam aspek politik, pada 1406, pemerintah Arakan, Raja Narameikhla atau Min Saw Mon lari mendapatkan perlindungan daripada Sultan Bengal (Bangladesh sekarang), Nasiruddin Shah apabila kerajaannya diserang oleh Raja Burma. Selepas 24 tahun hidup dalam buangan, Narameikhla kembali ke Arakan diiringi 20,000 anggota tentera dihantar Sultan Bengal (pada masa itu Sultan Jalaluddin Khan) diketuai Wali Khan. Narameikhla berjaya mendapatkan semula pemerintahan. Ketika itu, baginda sudahpun memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Sulaiman.

Kembalinya Narameikhla ke Arakan menandakan berdirinya kerajaan Islam yang pertama di wilayah itu yang kemudian dikenali sebagai Dinasti Mrauk-U. Setahun kemudian, Wali Khan melakukan kudeta menggulingkan Narameikhla. Sekali lagi Narameikhla lari ke Bengal. Atas hubungan rapat antara dua kerajaan, Nadir Shah, Sultan Bengal pada 1433 telah menghantar 30,000 anggota tentera diketuai Sindhi Khan ke Arakan.

Narameikhla berjaya kembali ke singgahsana. Sejak itu, Arakan bernaung di bawah kerajaan Bengal dan membayar ufti setiap tahun. Meskipun demikian, itu bukanlah bermakna Arakan jajahan Kesultanan Bengal.


Bohong

Sepanjang tempoh pemerintahan dinasti Mrauk-U yang diasaskan oleh Narameikhla selama 354 tahun, wilayah jajahannya boleh dikatakan agak luas, menganjur hingga Chittagong, bandar raya pelabuhan terbesar di Bangladesh sekarang.

Ini menunjukkan Arakan walaupun statusnya bukanlah sebuah kerajaan yang besar, hayat dinasti pemerintahannya yang menjangkau ratusan tahun, juga keluasan wilayahnya sama sekali tidak wajar untuk dipadam begitu sahaja dalam rekod sejarah.

Dinasti Mrauk-U yang lahir pada 18 April 1429 kekal hingga 2 Januari 1785. Ia kemudian ditewaskan oleh Dinasti Konbaung yang bukan Islam. Selama tempoh 356 tahun, kerajaan Islam Arakan diperintah oleh 243 raja dengan yang terakhir bernama Thamada. Thamada cuba melarikan diri apabila Arakan diserang oleh angkatan Raja Bodawypaya dari Dinasti Konbaung tetapi ditangkap.

Selepas penaklukan oleh Dinasti Konbaung, berlalu beberapa siri pemberontakan oleh pejuang Arakan tetapi berjaya dipatahkan. Burma menjajah Arakan selama 41 tahun, kemudian masuk pula British bermula 1825 hingga 1947, selama 122 tahun. Kemasukan British ke Burma juga ada kaitan dengan orang Arakan atau Rohingya. Kegagalan pemberontakan orang Arakan terhadap Kerajaan Burma menyebabkan mereka semakin teruk ditindas. Ini mendorong mereka lari ke wilayah jajahan British di India. Perkara itu menyebabkan tercetus konflik antara British dengan pihak Burma.

Tidak cukup dengan menghantar tentera ke sempadan, British kemudian menempatkan seorang residen di Rangoon atas alasan mahu meredakan krisis orang Arakan dengan pemerintah Burma. Sebagai imbalan, British juga menyerahkan pelarian Arakan yang lari ke India kepada pihak Burma. Ini semata-mata helah dan percaturan British untuk masuk ke Burma. Pada 1948, Arakan kembali berada dalam jajahan Burma hingga sekarang. Burma atau Myanmar - nama negara itu hari ini – merdeka pada 4 Jun 1948.

Penjajah Burma, juga British berusaha untuk memadamkan sejarah etnik Rakhine yang beragama Islam sebagai kaum yang pernah menguasai wilayah Arakan. Ini dilakukan dengan pelbagai cara termasuk propaganda yang tidak masuk akal, antaranya bahawa Arakan pernah dijajah oleh kerajaan Bengal, raja-raja Arakan tidak memeluk Islam, hanya memakai nama Islam dan mengamalkan adat budaya Islam, konon mereka kekal beragama Buddha sepanjang tempoh itu.

Selain itu, dikatakan juga wujud etnik Rakhine yang bukan Islam lalu diberi nama etnik Rohingya bagi yang beragama Islam untuk dikatakan mereka itu adalah imigran Benggali dari Bangladesh yang tidak layak mendapat status kerakyatan Myanmar.

Paling tidak masuk akal, Rohingya yang rata-ratanya hidup tertindas 24 jam dan hanya berkain pelikat, didakwa kumpulan pengganas yang mengancam penduduk Buddha Myanmar. Atas sebab itulah mereka diperangi!

Naturalisasi

Sebelum Myanmar/ Burma mencapai kemerdekaan, diadakan Persidangan Paniong pada 1947. Ketika persidangan itu, diputuskan bahawa Arakan diletak terus di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat Rangoon (Yangon), dan tidak diberi hak untuk mentadbir sendiri. Pada 1982 juga, digubal Akta Kewarganegaraan yang menolak mentah-mentah hak etnik Rohingya untuk mendapat taraf kerakyatan.

Ada segelintir yang diberi taraf naturalisasi, atau dijadikan warganegara atas sebab-sebab yang tertentu namun mereka tetap tidak dibenarkan untuk menyertai politik dan juga beberapa sektor lain yang strategik. Secara umumnya, etnik Rohingya adalah kaum yang sedang diancam penghapusan, ditindas 24 jam setiap hari tanpa waktu senggang, dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri tanpa arah tuju kerana dunia juga menyisihkan mereka.

Jika dahulu, raja mereka dalam sejarah, Narameikhla lari ke Bengal setiap kali diancam, kini pada zaman moden, Bengal yang sudah bertukar nama kepada Bangladesh, bukan lagi tempat yang selamat bagi mereka. Ada laporan bahawa setiap kali etnik Rohingya cuba menyeberang Sungai Teknaf di sempadan dua negara itu, mereka dihalau balik ke wilayah Myanmar oleh tentera Bangladesh ke arah di mana tentera Myanmar pula menanti untuk membelasah malah mencabut nyawa mereka.

Begitulah peritnya hidup berdarah Rohingya!

FORUM GBAH "Isu Keselamatan dan Masalah Sosial Anak Muda Selangor".


Alhamdulillah dengan izin Allah SWT Program Gerakkan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) Kali Pertama ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Forum yang bermula jam 9.30 malam pada 24 September 2016 itu telah disertai lebih kurang 200 orang peserta yang kebanyakannya dari ahli-ahli Majlis Berbaiah dari dalam dan luar daerah.

GBAH menampilkan tiga panel pada malam tersebut iaitu, Tuan Ariffin Abu Bakar - Presiden Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (EPANCO), Tuan Aemierulrizaki Rambli - Presiden Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM) dan Ustaz Khairul Badli - Aktivis menggantikan Tuan Yusuf Azmi - Pengarah UTK-PPIM yang tidak dapat hadir atas alasan yang tidak dapat dielakkan.

Tuan Irwan Rizal - Moderator hebat dari MobTV mengasak ketiga-tiga panel dengan pelbagai soalan panas selama hampir 2 jam berkaitan isu keselamatan dan masalah sosial yang kini menjadi tidak terkawal akibat kegagalan pihak berkuasa menangani jenayah tersebut.

Walaupun kali pertama forum GBAH tersebut diadakan namun maklum balas yang diterima pihak penganjur selepas program tersebut positif dan tidak menghampakan.

HENTAM PDRM


Perbincangan dalam forum pada malam itu bukanlah untuk menyalahkan PDRM atau mana-mana pihak tetapi ia fokus kepada punca masalah sosial dan isu keselamatan yang timbul akibat kegagalan pihak berkuasa mencegah jenayah itu.

Perbincangan menyebut semua pihak berkuasa yang terlibat samada di pihak kerajaan pusat atau kerajaan negeri dan bagaimana kegagalan berlaku apabla penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan tidak menjalankan tugas dengan betul.

Mengambil contoh di Kuala Selangor, jumlah premis judi haram (kedai-kedai kecil) yang tidak beroperasi melebihin 90 peratus tetapi jumlah premis berlesen yang beroperasi kekal dengan jumlah yang sama dan terus kebal walaupun diketahuai mereka telah menyalahgunakan lesen yang diluluskan.

Dalam perkara itu, yang bertanggungjawab adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri Selangor dimana pihak polis sebagai pemantau.

Jadi, tiada istilah panel-panel forum menghentam atau menyalahkan PDRM sepenuhnya dalam tajuk yang diberikan.

IMAM TETAP BERSAMA GBAH


IMAM menerusi kenyataan presiden telah menyatakan kesungguhan untuk terus bersama GBAH dalam Road Show seluruh negara bagi menjelaskan isu sebenar dan mengajak orang ramai sama-sama membenteras jenayah judi dan aktiviti haram di selueruh negara.

Sebagai NGO pendesak adalah menjadi tanggungjawab untuk kita sama-sama membantu pihak berkuasa membanteras jenayah-jenayah sebegini demi masa depan yang lebih baik unyuk anak cucu di masa hadapan.

Ugutan dan isu keselamatan bukan halangan bagi aktivis-aktivis untuk berjuang.

#RoadShowGBAH




IMAM terus usaha bantu GBAH dalam #RoadShowGBAH




Presiden Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM) - Tuan Aemierulrizaki Rambli akan terlibat sebagai ahli panel bagi Forum anjuran GBAH bertajuk "Isu Keselamatan dan Masalah Sosial Anak Muda Selangor" yang akan berlangsung pada 24 September 2016, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Dato' Sri (Dr) Haji Abu Hassan, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Turut terlibat sebagai panel ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan EPANCO Malaysia - Tuan Ariffin Abu Bakar, Pengarah UTK PPIM - Tuan Yusuf Azmi dan Tuan Irwan Rizal dari MobTv sebagai moderator program tersebut.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan dan pendedahan berkaitan isu judi siber dan Ahlong yang terlalu berkuasa hingga menyebabkan pihak berkuasa tidak mampu mengenakan tindakan kepada mereka walaupun kegiatan mereka itu melanggar undang-undang.

Orang ramai harus sedar tentang bahaya jenayah ini yang kini semakin menjadi-jadi bergerak secara terang-terangan.

Judi siber yang berleluasa dan tidak dikawal telah menyebabkan kerosakan teruk kepada ekonomi orang melayu kerana yang paling banyak terlibat dalam jenayah ini adalah orang melayu yang gila untuk mencari kesenangan dengan jalan mudah.

Disebabkan masalah judi ini, pelbagai jenayah baru wujud akibat dari ketagihan untuk berjudi. Mereka tiada wang tapi mahu berjudi lalu sanggup merompak, menyamun, meragut dan melakukan apa saja untuk mendapat wang untuk berjudi.

Dalam kes Ahlong, mereka dengan berani mengugut untuk mencederakan pemimjan dan terbaru hingga mengugut untuk mengambil anak peminjam jika gagal melunaskan hutang.

Saksikan dan dengarkan sendiri pengalaman ahli panel dalam usaha membateras aktiviti haram dan rintangan yang terpaksa dihadapi sepanjang Sekretariat GBAH ditubuhkan.